..

..

Monday, 12 December 2016

CABARAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI ICT

PENGENALAN

Era globalisasi dunia mencetuskan banyak perubahan dalam menghayati kehidupan selepas arus paskal permodenan. Perubahan terhadap gaya hidup berorientasikan teknologi dan kemajuan maklumat memberikan kesan dan menjadi cabaran terhadap nilai, budaya, pemikiran dan corak hidup yang bersendikan adat, tatasusila ketimuran dan penghayatan agama.

Perubahan dunia masa kini amat pantas hasil ledakan teknologi maklumat. Setiap hari pelbagai hasil ciptaan baru dari inovasi teknologi. Teknologi dan maklumat telah berjaya menghapuskan batasan sempadan sesebuah negara. Malahan ia berjaya merubah bentuk pemikiran, ideologi, budaya dan berbagai elemen luar memasuki ruang negara lain tanpa sekatan dan kawalan. John Naisbitt (1990) meramalkan bahawa salah satu daripada sepuluh kecenderungan manusia di awal abad kedua puluh satu ialah maklumat. Maklumat sangat berharga dalam dunia globalisasi hingga ia menadi penentu dan penggerak kepada masa depan.

Kertas kerja ini mengupas isu di mana ledakan teknologi membawa cabaran dan impak yang kuat terhadap pegangan dan penghayatan nilai-nilai murni agama serta akhlak masyarakat dan pengaruh negatif yang merubah minda serta gaya hidup insan. Ia menghakis dan mengubah paradigma tauhid, syariah dan akhlak mulia sehingga mengikis nilai-nilai keinsanan. Jesteru itu, suatu pendekatan dan tindakan yang menggunakan metodologi Islam perlu dilaksanakan bagi tujuan mengwal, mendidik dan menjamin agar pengaruh buruk ICT tidak menjadi barah kepada penyakit sosial yang sedia ada. Pendekatan Islam dikemukakan bagi tujuan mendidik dan mengawal individu daripada hanyut dan lemas dalam dunia tanpa sempadan.


DEFINISI 



Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau ICT (Information and Communication Technology) merupakan teknologi yang diperlukan untuk memproseskan dan menyampaikan data. Ruang pencarian tajuknya sangat luas. Ia boleh berkenaan denagan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudahnya adalah penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.


PUNCA DAN AKIBAT PENGGUNAAN TEKNOLOGI ICT 

Terdapat beberapa kesan positif yang boleh didapati daripada penggunaan teknologi ICT antaranya ialah sistem pentadbiran lebih cekap. Di mana sistem pentadbiran menjadi lebih cekap dan berdaya saing seiring dengan negara-negara maju yang lain. Setiap urusan dengan jabatan-jabatan kerajaan dipermudah dan dipercepat seperti e-pendaftaran, e-kerajaan, e-perolehan, e-cukai, dan sebagainya. Pengguna dengan mudah dapat mengakses maklumat dalam pelbagai perkara.  

Di samping itu, meningkatkan hubungan perdagangan. Teknologi maklumat dan komunikasi telah merancakkan lagi aktiviti perniagaan di seluruh dunia melalui internet. Pengguna dapat membeli barangan dari seluruh dunia tanpa mengira masa dan jarak. Pemindahan wang dapat dilakukan dengan mudah dan cepat. Hal ini demikian juga akan merangsang peningkatan ekonomi negara.


Kebaikan yang boleh didapati ialah memudahkan urusan harian. Bayaran bil utiliti, pinjaman, pemindahan wang, jual beli barangan keperluan, dan lain-lain lagi dapat dilakukan melalui internet. Pengguna tidak perlu beratur panjang, menjimatkan masa, tiada masalah parkir, dan tiada kos pengangkutan.


Penting dalam bidang perubatan melalui Tele-perubatan, pesakit dalam keadaan tertentu tidak perlu berjumpa dengan doktor. Pesakit hanya perlu memberitahu doktor simpton yang dihadapi dan doktor memberitahu ubat atau rawatan yang perlu dijalani. Pelbagai maklumat tentang penjagaan kesihatan, penyakit dan ubat-ubatan, makanan, dan lain-lain lagi boleh diakses melalui internat.


Meningkatkan bidang pendidikan melalui ICT mempunyai pengaruh yang besar dalam bidang pendidikan negara. Pelbagai maklumat boleh diakses pada bila-bila masa dan ini memudahkan pelajar mendapatkan maklumat. Pengajaran dan pembelajaran juga menjadi lebih menarik perhatian para pelajar. 

ISU DAN CABARAN SERTA LANGKAH MENGATASINYA PENGGUNAAN TEKNOLOGI (ICT)



Isu pemalsuan dan cetak rompak.
Isu pemalsuan atau cetak rompak merupakan kegiatan cetak rompak ini memberikan cabaran hebat kepada sumber ekonomi negara. Pendapatan negara berkurang kerana cukai yang dihasilkan daripada industri pengeluaran yang berasaskan percetakan ini tidak dapat dijana sepenuhnya. Pengeluar yang menghasilkan industri percetakan yang sah ini mengalami kerugian disebabkan produk dan barangan asli yang dikeluarkan mengalami kemerosotan dari segi jualan syarikat. Pengeluar asli tidak dapat menampung beban cukai yang dikenakan cukai oleh kerajaan, sekali gus memberi impak kepada kejatuhan ekonomi negara. Sebaliknya pengusaha cetak rompak pula yang mengaut untung.
        Langkah mengatasi masalah cetak rompak perlu diambil. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, dan Kepenggunaan perlu merlaksanakan hukuman penjara mandatori terhadap pengedar dan penjual cakera padat video (VCD) atau cakera padat digital (DVD) cetak rompak bagi membanteras gejala cetak rompak.
Penguatkuasaan hendaklah dijalankan dengan lebih efektif. Barang rampasan seperti mesin pencetak cakera padat video dan cakera padat digital perlu dihapuskan dengan serta merta bagi mengelakkan mesin-mesin tersebut jatuh ke tangan individu yang tidak bertanggungjawab. 




Isu jenayah siber.
Sebagai mana yang kita lihat kami akan mengkaji isu yang kedua iaitu isu jenayah siber. Jenayah siber atau jenayah maya merupakan jenayah yang amat luas bentuknya iaitu meliputi penggodaman simpanan maklumat dalam komputer, pencurian butir-butir peribadi untuk tujuan penipuan pencurian wang, penyebaran fitnah dakyah, propaganda penularan virus.
     Langkah menangani masalah ini ialah penerapan pendidikan dan kesedaran tentang undang-undang siber. Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah berganding bahu untuk menerangkan kepada masyarakat tentang akibat yang diperoleh kesan penyalahgunaan internet di ruang siber. Usaha ini dijalankan supaya masyarakat di Malaysia mengetahui kebebasan menggunakan internet yang diberikan oleh kerajaan mempunyai had-had yang tertentu. Masyarakat juga harus sedar bahawa kebebasan dan tanggungjawab perlulah seimbang supaya teknologi maklumat yang sepatutnya digunakan untuk membantu pekerjaan seharian manusia tidak membawa padah dan akibat buruk kepada masyarakat lain. Masyarakat yang tidak bertanggungjawab yang menjadi penjenayah siber ini juga perlu sedar tindakan-tindakan yang akan dikenakan terhadap mereka sekiranya didapati bersalah misalnya seseorang itu akan dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Penerapan nilai- nilai moral dalam diri seseorang itu juga penting supaya seseorang itu akan sentiasa berada di landasan kebaikan maka penjenayah siber ini tidak akan wujud sehingga menjadi fenomena yang kritikal pada masa kini.






1.      Isu gejala sosial dan  pengaruh laman sosial 
Pengaruh remaja masa kini melayari sumber atau gambar yang tidak bermoral. Perkara ini dilihat seolah-olah satu perkara kecil, tetapi mempunyai kesan yang besar kepada psikolgi dan tindak-tanduk remaja. Akibat daripada sistem pemakanan dan taraf hidup di Malaysia, umumnya seseorang yang berumur 13 tahun ke atas telah mempunyai tahap kematangan biologi yang mencukupi untuk menjadi seorang ibu atau bapa. Bermakna seseorang perempuan itu telah mampu mengandung dan melahirkan bayi, atau telah timbul keinginan seks tetapi dari segi social dan keperluan sosial serta ekonominya seseorang itu dalam konteks masyarakat Malaysia kini dia masih belum mampu. Dia masih memerlukan masa di antara 8-10 tahun lagi bagi menamatkan pengajian, mendapatkan pekerjaan yang sesuai untuk mengukuhkan status kewanganya dan kemudiannya mendirikan keluarga. Dengan melayari gambar-gambar dan cerita-cerita seks atau berunsur seks ini boleh meningkatkan ransangan dan keinginan melakukan hubungan seks. 
     Pengaruh laman media sosial. Pada masa ini, penggunaan laman sosial melalui internet amat popular di Malaysia. Laman sosial seperti “Facebook”, “My Space”, “Frienster”, “Twitter” dan sebagainya mendapat perhatian masyarakat di negara ini terutamanya golongan remaja. Laman sesawang rangkaian sosial tersebut telah menjadi satu trend dalam kehidupan masyarakat masa kini. Remaja kini telah menjadikan penggunaan laman sosial di internet ini sebagai medium untuk mengisi kekosongan waktu mereka. Hal ini disebabkan oleh aplikasi yang terdapat di laman sosial yang canggih dapat menarik perhatian masyarakat di Malaysia. Secara tidak langsung, penggunaan laman sosial ini telah memberikan kesan positif dan negatif terhadap gaya hidup para remaja. Kemudahan ICT juga telah membuka ruang yang sangat luas bagi seseorang mengenali dan berhubung dengan seseorang secara lebih bebas dan terbuka. Seorang remaja yang mudah percaya kepada seseorang yang tidak dikenali iaitu hanya kenal dan berhubung melalui ruang siber akan membuka ruang seseorang yang berniat jahat mengambil peluang ke atasnya. Tahap kematangan yang rendah serta pengaruh emosi serta tekanan keinginan biologi tanpa kawalan sosial dan undang-undang yang benar-benar ketat mendorong berlakunya hubungan rapat yang tidak sepatutnya berlaku.
      Langkah mengatasinya ialah kesedaran perlu diberikan lebih awal tentang bahaya dan kesan buruknya perbuatan itu. Misalnya seseorang ibu bapa dapat menyatakan dalam bentuk nasihat yang penuh berhemah bahawa perbuatan itu akan membawa kesan yang buruk. Ini perlu dilakukan sebelum daripada seseorang itu melakukannya. Ini harus dilakukan sejak dari awal lagi, jangan anak-anak itu sudah terbiasa kerana nasihat dan larangan itu akan menjadi lebih sukar untuk dipatuhi sepenuhnya. Perkara ini juga mesti dikaitkan dengan kesedaran agama bahawa apa yang kita lakukan di dunia ini akan direkod semuanya sebagaimana keupayaan komputer boleh merekodkan segala maklumat, bahkan kerja-kerja Allah adalah jauh lebih canggih. Nanti di akhirat semua ini akan di cetak oleh printer Allah dan kita tak dapat bayangkan bagaimana canggihnya printer ini termasuklah melihat gambar yang tidak sopan atau lucah akan dihadapkan di mahkamah Allah di akhirat nanti.




1      Isu permainan dan perjudian secara online.

\          Perjudian Online merupakan permainan judi yang dilakukan secara online melalui komputer atau android dan di akses dengan internet. Perjudian online ini adalah permainan yang dimana pemain akan memilih meja taruhannya terelebih dahulu dan masuk ke dalam meja taruhan dan memilih satu pilihan di antara banyak pilihan lain dan harus memilih yang benar. Jadi bagi pemain yang memilih dengan benar maka akan keluar sebagai pemenang. Pemain yang kalah akan membayar taruhannya yang sesuai dengan jumlah nilai yang telah di persetujui. Besarnya taruhan dan banyaknya peraturan akan ditentukan sebelum anda memasuki meja perjudian.
Empat cara mengatasi kecanduan perjudian online telah dikenalpasti  iaitu  cari tahu dulu masalahnya. Jika penjudi bermain judi online sebagai pelarian dari masalah depresi, gelisah atau masalah hubungan, bukan perjudian online tempat pelariannya. Memanfaatkan permainan judi online sebagai tempat pelarian hanya akan membuat penjudi semakin candu dengan gambling. Psikoterapi bisa menjadi alternatif solusinya. Disana penjudi bisa belajar keahlian bagaimana memanajemen stres dengan baik. Kedua, kenali pemicunya  Menjadi seorang pecandu gambling tentu karena dipicu suatu hal. Cari tahu dan kenali pemicunya. Apakah penjudi bosan, stres atau kesepian? Jika hal tadi yang menjadi penyebabnya, coba buat daftar cara alternatif untuk mengatasi perasaan itu misalnya dengan jalan-jalan bersama teman. 





Isu cyber terrorism
 Cyberterrorism adalah tindakan keganasan Internet dalam aktiviti pengganas, termasuk tindakan sengaja, gangguan yang besar rangkaian komputer, terutamanya komputer peribadi dilampirkan ke Internet, dengan cara-cara alat-alat seperti virus komputer.

Cyberterrorism adalah istilah kontroversi. Sesetengah pengarang memilih definisi yang sangat sempit, yang berhubungan dengan pergerakan, oleh pertubuhan-pertubuhan pengganas, dari serangan gangguan terhadap sistem maklumat untuk tujuan utama kecemasan dan panik. Sesetengah penulis lain memilih yang lebih definisi terlalu luas yang cenderung untuk memasukkan jenayah siber secara palsu pada hakikatnya apabila, cyberterrorism dan jenayah siber adalah dua isu yang sangat berbeza dan perlu ditakrif berasingan. Keganasan dalam talian perlu dipertimbangkan cyberterrorism apabila terdapat ketakutan yang dikenakan ke atas sekumpulan orang, manakala jenayah siber adalah tindakan melakukan suatu kejahatan atau jenayah dalam talian biasanya tanpa menggunakan ketakutan. Dengan definisi ini sempit dan luas, ia adalah sukar untuk mengenal pasti kejadian keganasan dalam talian adalah cyberterrorism atau jenayah siber.

Cyberterrorism boleh juga ditakrifkan sebagai penggunaan sengaja komputer, rangkaian, dan internet awam menyebabkan kemusnahan dan bahaya untuk matlamat peribadi. Cyberterrorists berpengalaman yang sangat mahir dari segi penggodaman boleh berurusan kerosakan besar-besaran kepada sistem kerajaan, rekod hospital, dan program-program keselamatan negara, sering yang meninggalkan negara yang bergolak dan takut akan serangan selanjutnya.  Objektif pengganas itu boleh menjadi politik atau ideologi kerana ini boleh dilihat sebagai satu bentuk keganasan. 


y
KESIMPULAN

Tuntasnya, undang-undang siber tidak seharusnya kita harapkan untuk melindungi kita dari ancaman jenayah computer. Dalam dunia tanpa sempadan, serangan berkemungkinan boleh dilakukan oleh beribu-ribu batu jauhnya mahupun dari kalangan orang yang berhampiran dengan kita. Maka demikanlah, setiap individu perlu memainkan peranan untuk membanteras kes-kes jenayah siber yang semakin berleluasa pada zaman era kini. Oleh itu, hak kebebasan bersuara yang sedia ada seharusnya tidak disalahgunakan, malahan ada juga yang menjadi penyebar maklumat palsu ataupun pihak lain menggunakan internet untuk menyebarkan maklumat yang tidak benar. Selain itu, pihak kerajaan hendaklah meningkat ilmu pengetahuan pengetahuan rakyat dan menyebarkan berita di media cetak dan mediamassa. Penggunaan internet tidak hanya mempunyai perkara positif, tetapi juga banyak terdapat perkara negatif. Hal ini kerana, internet memberikan manfaat yang begitu besar tetapi di lain pihak internet menjadi suatu media informasi yang tidak mudah untuk di batasi pelbagai macam informasi dalam berbagai bentuk dan tujuan bercampur menjadi satu di mana untuk mengaksesnya hanya perlu satu sentuhan jari saja.
 Malaysia merupakan sebagai negara yang membangun. Hal ini demikaian kerana, untuk melengkapkap masyarakatnya dengan standard etika yang cemerlang bagi melayari alam siber yang penuh dengan keselesaan. Islam sebagai agama yang membawa rahmat hendaklah dijadikan sebagai panduan utama dalam penggubalan standard etika penggunaan internet, sesuai dengan ciri Islam itu sendiri yang membawa perubahan menyeluruh samada dari sudut sosial, ekonomi, politik dan sebagainya. Teknologi maklumat yang menjadi tujang utama kepada kemajuan dan pembangunan negara tidak perlulah disalahgunakan. Pengaruh ICT dalam tahap kemodenan dan kehidupan masa kini tidak dapat dielakkan dan mempunyai pengaruh yang besar dalam kehidupan seharian. Semua pihak harus bersinergi bagai aur dengan tebing dan mengambil langkah sederap untuk memastikan tiada unsur negatif yang berlaku seiring dengan ledakan teknologi berinformasi ini. Semoga impian negara untuk melahirkan masyarakat yang maju dan berinformasi tercapai bagi memudahkan negara merealisasikan visi baru Wawasan 2050. Akhir kata, sesungguhnya Saidina Ali Abi Talib pernah berkata bahawa manusia yang berdagang dengan ilmu maka ilmunya akan bertambah tetapi apabila manusia berdagang dengan harta maka hartanya semakin berkurang.